a good life is when u assume nothing..need less..do more..laugh a lot and realized how blessed you are for what you have..

Friday, December 31, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU

2010 dah pun berlalu..
2011 pula mula bertandang..
kali ni,apa lagi ujian getir yang ada?ataupun masih lagi hidup penuh dengan warna-warna kegembiraan?
-huh?gembira je?mustahil tak ada sedih langsung-
saya sedih..
saya gembira..
saya terharu..
saya jatuh..
saya marah..
saya kecewa..
semuanya terakam kemas dalam layar memori tahun 2010,
'org kata,jangan dikenang peristiwa lalu,kelak kita akan merana.terutamanya yang pahit tu.'
tapi saya kata:
kalau saya cuma kenang yg manis-manis saja,saya takkan tahu nikmat kemanisan yang saya dapat lepas melalui semua kepahitan tu.
sebab pelangi selalunya muncul lepas gerimis,
matahari muncul lepas awan mendung pergi,
jadi mana boleh kenangan pahit tu terus saya lupakan?
sebab dengan itulah saya menjadi makin kuat,terus tabah,tahu menghargai setiap nikmat yang diberi.

kehidupan adalah proses pembelajaran.bak kata orang:
asam garam kehidupan,pahit manis,suka duka dan sebagainya.
jadi,setiap yg saya lalui akan disimpan dalam ingatan sebagai kenangan,dan mungkin saya akan lupakan semua tu kalau ada penyakit dalam otak.contoh:
-amnesia
-hilang ingatan
-sakit orang tua2(kalau dipanjangkan umur)

cuma doa saya,biarlah tahun 2011 ini membawa seribu erti yg bermakna dalam hidup saya,
di mana umur akn bertmbh lg satu tahun,
dlm erti kata lainnya,hayat saya di dunia ni makin pendek.
apa2 pun,manusia hanya mampu merancang,tapi,Allah yg menentukan segalanya..
sesungguhnya,
HANYA TUHAN YANG TAHU..

Tuesday, December 28, 2010

cintakan ilahi

minggu depan,saya akan kembali semula ke dunia persekolahan,
tak sampai seminggu pun dari sekarang.malam ni tiba2 terasa nak meluahkan sesuatu,
sesuatu tentang diri yang kerdil ni,
pengalaman banyak mengajar saya erti sebenar kehidupan,makna yang berbeza-beza bagi setiap manusia.

dAn persoalan yang paling popular,kiranya yg menduduki carta teratas topik di sekolah,ialah persoalan tentang cinta.iya...cInTa..cinta kepada Allah,kepada ibu bapa,kepada kawan,saudara-mara dan mestilah yang paling hangat sekali,cinta sesama manusia,dan lebih spesific,yang berlainan jantina.

hmmm..ada apa dengan cinta?soalan tu ada banyak jawapan.antaranya:
cinta boleh buat kita sentiasa gembira walaupun wktu tu kita punya masalah.
atau..cinta memberikan sumber inspirasi,result lebih cmerlang.
dan juga,cinta membakar semangat kita untuk menjadi lebih baik,setanding dengan orang yang kita sukakan tu.
ada juga yg cakap,rasa bahagia,bila ada org ingat birthday kita,bagi hadiah,bagi note tiap2 hari,bersms kat rumah slalu,
bertambah2 bahagia bila couple kita tu orang yg terkenal kat skolah,wakil skolah ke,budak paling stylo ke,suara ala-ala artis ke..oh ya..penjenayah skolah pun kira budak famous gak.

saya tak ada jwapan khusus utk semua ni.ada yg kata couple tu haram,mendekati zina,haram lelaki dan perempuan berkawan,kalau nak cakap pun tak boleh,jangan kawan dengan budak yg couple...macam2.saya tak tahulah macam mana rasanya bila tiap2 hari ada orrg tanya khabar.dah jumpa tengok tak sakit pun nak tye jugak..takpe,adat orang melayu,dah tahu bertanya pula..biasalah tu.saya faham..
jadi kawan-kawan,saya bukanlah seorang ustazah,orang yang penug ilmu di dada ataupun seorang ulama,jauh lagi prang yang warak..
saya cuma insan biasa,yg baru nak belajar,saya bukan nak bg ceramah agama,sebab saya tahu saya jenis gugup sikit depan orang ramai,tapi,saya cuma nk ckp...
cinta Allah tu sangat besar utk kita,memenuhi setiap ruang kosong dalam hidup,slalu bgi kekuatan,tak pernh tinggalkan kita sndiri.
jadi perlu ke kita beriya-iya mencari cinta yg lain,cinta daripada ciptaaNYA?
sedangkan cinta pencipta pun kita tak dapat nikmati lagi?
fikir-fikirkanlah...

~cinta itu buta~

Thursday, December 23, 2010

perasaan itu..susah nak gambarkan..
terharu,gembira,bersyukur..
semuanya bercampur
semuanya ada
ble nama saya diumumkan sebagai salah seorang yg berjaya itu
umi terus peluk,
wajah umi sangat gembira,

saya terharu,berkat doa seorang ibu,berkat pengorbanan seorang ayah...
berkat penat lelah guru2 saya,
sokongan rakan-rakan yang tak pernah putus

Ya Allah,terima kasih..kerana mendengar doa-doaku selama ini
kerana mendengar doa-doa mereka yang lain selama ini
kerana memenuhi permintanku
kerana memenuhi harapan kedua ibu bapaku
kerana memberikan aku nikamat kejyaan ini
terima kasih Ya Allah..
untuk segalanya..

pada awlnya,saya sendiri tak yakin
saya sangat gelisah,gementar,takut,cuak
tapi saya tahu..saya takkan mampu bertahan selama ini
tanpa pertolongan Dia,tanpa bantuan Dia
dengan Dialah saya terus menjadi kuat,saya kembali percaya dengan diri saya,
hanya denganNYA...
pemilik hati ini..

pesan saya kepada diri sendiri....ini baru permulaan
permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih jauh,
yang lebih sukar,yang lebih meletihkan
ilmu itu pelita hidup,dengan ilmu manusia disanjung tinggi
kerana hanya dengan ilmu kita dipandang orang lain..

dan buat kesekian kalinya....saya berbisik sendiri..
terima kasih Ya Allah..
terima kasih..

Tuesday, December 21, 2010

menanti esok..

menanti esok....saya semakin resah,
tidak senang duduk,otak sentiasa ligat berfikir,
apakah yang akan berlaku esok,
tangisan kegembiraan atau sebaliknya?

sungguh saya tak tahu,kerana semua itu di luar kuasa dan pengetahuan saya
berkali-kali minta maaf kat umi..kat ayah..
maaf kalau tak dapat apa yang mereka mahukan
maaf kalau saya gagal hadiahkan kejayaan itu buat mereka..
dan dengan tenang,ayah cakap..
"tak apa,along dah usaha setakat yang along boleh,
dan along dah doa,dah tawakkal,sekarang apa pun keputusannya,redha je terima.kalau 9A
tu bukan milik along,mungkin ada hikmah di sebalik semua ni."

dan hati saya kembali tenang,walaupun masih secebis resah itu terselit,
saya dah usaha,dah berdoa dan sekarang saya pasrah akan keputusannya
siapalah saya,nak menidakkan takdirNYA
hanya sekadar hamba,tak lebih daripada itu.

Maka ingatlah kepadaKU,AKU pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKU,dan janganlah kamu ingkar kepadaKU.Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah:152-153)

~moga Allah permudahkan segalanya~

Thursday, December 9, 2010

menghitung hari..

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..
kiraan waktu semakin berlalu
masa itu semakin menjauh,tak pernah menunggu
Ya Allah,berdebarnya hati ni..
mampukah aku melakukan yang terbaik
mampukah aku memenuhi harapan kedua ibu bapa aku
orang-orang di sekeliling aku..
menghitung hari demi hari
bantulah hambaMu ini Ya Allah

bergelut dengan perasaan sendiri,
sungguh kadangkala aku tak mengerti

tinggal lebih kurang seminggu lagi
jejak kaki lagi lagu kat sekolah
menghadap pintu gerbang sekolah
matlamat satu..
mengambil sekeping slip!!!!
Ya Allah....
berilah kekuatan,cekalkanlah hati ini
jika kejayaan ini bermanfaat untuk agamaMu,
lorongkanlah ia dalam jalan yang Engkau reda
jika tidak,
jadikanlah hati ini sentiasa reda menerima segala ketentuanMu
Ya Allah....

-Dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya..Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya-
(An-Najm:39-40)

Wednesday, December 8, 2010

seindah ukhuwah..

hari ini...berjumpa dengan kawan-kawan lama,
dalam tujuh orang lah,rasa ada satu perasaan yang menyelinap masuk,
bahagia,gembira,seronok,
bila bercerita tentang diri masing-masing,
tentang kawan-kawan dulu,
jumpa pun jarang sangat,
tapi ikatan kemesraan tu masih rapat,
masih erat....
hmm...banyak sebenarnya yang dah berubah,
tengok perangai masing-masing...sedih ada,gembira pun ada,
sedih bila tengok diorang makin hanyut,
gembira bila tengok ada yang semakin matang,semakin dewasa..
lumrah remaja,zaman kehidupan paling mencabar,
siapa yang lemah dia akan mudah tewas dengan dunia,
tapi siapa yang kental semangat,
dapat melalui semua ini,dalam meniti usia remaja,
sayu bila lihat kawan-kawan kat luar seolah-olah dah tak kenal Islam,
keindahan Islam tu terlindung,makin lama makin pudar.
hmmm...bumi dah semakin tua,
tanah pun dah tak larat nak berbakti,
gempa sana sini,
tsunami...ribut...taufan..
kita semakin menghitung hari,
suatu hari yang pasti...

Saturday, September 4, 2010

hanya padaMu..

sedar tak sedar [mr makin dekat mghampiri..
rasa cukup ke dengan semua usaha aku slama ini?sanggup ke aku nak hampakan harapan umi,ayah,guru2,rakan2 dan harapan aku sndiri tuk brjaya?sungguh aku sangat gementar.debarannya tak sama sewaktu upsr..sangat berbeza.sekarang,sepenuh hati aku sandarkan kepada Allah,semoga Dia akan menolongku dan semua rakan2ku..
'YaAllah,bantulah hambaMu ini untuk menghadapi setiap dugaanMU..'

Monday, June 14, 2010

TERIMA KASIH!!!!!

'ayah dan ibu...ayah dan ibu...itulah permulaan kami..
dapat melihat
bulan dan matahari...'
bait lagu ini seringkali membuat aku trsentuh,
ayah dan ibu,insan yang membesarkan aku,
menjaga aku selama ini
daripada sekecil tapak tangan..hinggalah
menjadi seorang insan..
yang semakin mengenal erti kehidupan
yang semakin mengenal siapa Tuhannya..

mereka ibarat permata yang terselit diribuan kaca
sukar sekali untukku mencari ganti
anugerah paling bernilai yang pernah
aku miliki
terima kasih Tuhan
kerana menghadirkan ibu dan ayah dalam hidupku
satu pintaku
agar doa yang kupohon
Kau makbulkan Ya Allah
lindungilah mereka
peliharalah mereka di bwh lembayung rahmatMu
rahmatilah mereka
Ya Rahim...

Saturday, June 12, 2010

perjuangan itu memang menyakitkan
adakalanya langkah kita akan tersadung
adakalanya duri tertusuk kaki
dan adakalanya dugaan dari dlm diri begitu hebat..
hinggakan kita tersungkur
tetapi...
ada satu suara di dlm diri yg berbisik
semua itu hanyalah smentara
dunia hanya seketika
merupakn satu persinggahan
sebelum kita tiba di destinasi abadi
berbekalkan hanya iman,taqwa serta amal
yang menjadi penentu
dari tangan manakah kita akan menerima..
catatan amalan kita..
cepat atau lambat kita melalui titian sirat
kemanakah pengakhiran kita?
syurga...
atau..
neraka..

Friday, May 7, 2010

bahagia dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati
bahagia itu ada di jiwa mahkota
di singgahsana rasa
bahagia itu adalah suatu ketenangan

bila susah tiada gelisah
bila miskin syukur pada Tuhan
bila sakit tiada resah di jiwa
bukankah Tuhan telah berfirman
ketahuilah dengan mengingati
Allah jiwa kan menjadi tenang

kebahagiaan itu suatu kesyukuran
bila kaya jadi insan pemurah
bila berjaya amanah
bila berkuasa tidak alpa
bila sihat tidak lupakan Tuhan

hakikatnya bahgia itu adalah ketenangan
bila hati mengingati Tuhan..

hati itu mati jika iman sudah menghilang dari hati..

the precious moment ever in my life

kalau dulu..solat aku sekadar cukup lima waktu,
tp,sekarang alhamdulillah.
aku semakin mengenali solat-solat sunat...
kalau dilu..tudung aku hanya sekadar cukup menutupi rambut,
tp skrg,aku semakin memelihara anugerah termahal itu...
kalau dulu...aku hanya membaca surat cinta dari Tuhanku,
tp skrg,aku semakin mengerti setiap maksudnya itu...
kalau dulu...aku sering meluahkn perasaan kepada temanku,
tp skrang,aku mencuba utk sentiasa mengadu kepadanya..
sekarang,aku lebih mengerti apakah sebenarnya..
erti yang tersirat di sebalik Islam itu
cinta yang hakiki...
cinta yang sejati...
cinta yang sering melindungi...
cinta yang diredhai...
hanyalah
cintakan Ilahi.....






hidup tanpa dugaan umpama pohon tanpa buah

Wednesday, March 31, 2010

rasa macam tak pecaya aku dah form three...terasa cepat je masa berlalu..
sedar tak sedar usia aku makin berkurang setiap hari.ntah esok,lusa,aku akn dijemput.
siapa yang tau kan?aku manusia biasa,sntiasa lmah,terlalai dengan nikmat dunia.alpa dengan kemewahan.drpd sbesr tapak tangan,masuk tadika,time sekolah rendah dulu,waktu nak masuk dewan periksa,time debaran nak amik result upsr,first time jejakkan kaki ke smap labu,
malalui zaman f1 dan f2
sume tu dah menjadi slh satu drp kenangan aku
dan skrg..
aku bergelut dan beperang dgn perasaan sndiri
untuk mendapatkan 9a dlm pmr
mampukah aku???insyaAllah

if God wills.....

Saturday, March 20, 2010

what is the secret that hide in our little heart

lumrah manusia..
selalu tak puas dgn apa yg kite ada
selalu tamak dan pentingkan diri
kdg2 tu,
bila ada masalah,,kite rasa kitelah
yang paling merana dkt dunia ni
tp,sbenarnya kita lupa
sberat manapun masalah kite
ada orang yang lagi besar masalah dia
sesedih manapun kite
sebenarnya..
ada yang lagi sedih daripada kita.