a good life is when u assume nothing..need less..do more..laugh a lot and realized how blessed you are for what you have..

Tuesday, December 21, 2010

menanti esok..

menanti esok....saya semakin resah,
tidak senang duduk,otak sentiasa ligat berfikir,
apakah yang akan berlaku esok,
tangisan kegembiraan atau sebaliknya?

sungguh saya tak tahu,kerana semua itu di luar kuasa dan pengetahuan saya
berkali-kali minta maaf kat umi..kat ayah..
maaf kalau tak dapat apa yang mereka mahukan
maaf kalau saya gagal hadiahkan kejayaan itu buat mereka..
dan dengan tenang,ayah cakap..
"tak apa,along dah usaha setakat yang along boleh,
dan along dah doa,dah tawakkal,sekarang apa pun keputusannya,redha je terima.kalau 9A
tu bukan milik along,mungkin ada hikmah di sebalik semua ni."

dan hati saya kembali tenang,walaupun masih secebis resah itu terselit,
saya dah usaha,dah berdoa dan sekarang saya pasrah akan keputusannya
siapalah saya,nak menidakkan takdirNYA
hanya sekadar hamba,tak lebih daripada itu.

Maka ingatlah kepadaKU,AKU pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKU,dan janganlah kamu ingkar kepadaKU.Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah:152-153)

~moga Allah permudahkan segalanya~

No comments: